Program Protege NAFAS Untuk Graduan Pelbagai Jurusan

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah membuka permohonan bagi graduan untuk menjadi pelatih di agensi tersebut menerusi Program Protege.

NAFAS merupakan pertubuhan peladang telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein yang menjalankan dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian untuk kepentingan peladang.

Bagi memastikan pertubuhan ini terus ke hadapan, Program Protege untuk pertubuhan ini dilaksanakan bagi membentuk dan membimbing para graduan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersedia ke pasaran global.

Permohonan program ini dibuka sehingga sehingga 20 September 2022.

Faedah Ditawarkan

Faedah ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Elaun sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Cuti tahunan 8 hari.
  • Cuti sakit 8 hari.
  • Bil perubatan RM200 (semasa latihan).
  • Caruman Perkeso & SIP.

Tempoh Latihan

Tempoh latihan yang bakal dilalui oleh para graduan adalah selama 8 bulan iaitu:
– 2 minggu kursus ‘soft skill.’
– Selebihnya ‘On the Job Training.’

Tempat Latihan

Tempat latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • NAFAS HQ
  • Syarikat Subsidari NAFAS

Jurusan Layak Memohon

Jurusan yang layak memohon program ini adalah seperti berikut:

  • Akaun/Kewangan/Pelaburan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pemasaran/Perniagaan Tani
  • Pengurusan Peruncitan/Logistik
  • Pengurusan Sains Perladangan
  • Undang-Undang
  • Teknologi Maklumat/Multimedia
  • Kejuruteraan
  • Sains Pertanian/Pengeluaran Ternakan/Pertenakan Haiwan/Hortikultur
  • Komunikasi Korporat
  • Corporate Secretarial

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh graduan ialah graduan mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Permohonan bagi program ini boleh dibuat dengan menghantar resume kepada [email protected].

Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Protege ini, layari http://nafas.com.my/ dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • En Faizal Afzan: 03-61441231
  • Cik Norathirah: 03-61442084
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: