Program Sekolah Dalam Hospital: Permohonan Guru Sarawak

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ingin mempelawa kepada semua guru yang sedang berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Program Sekolah Dalam Hospital, Hospital Umum Sarawak untuk sesi akademik 2025/2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Sekolah Dalam Hospital

Program ini adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang di hospital.

Program ini merupakan pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan.

Pembelajaran menerusi program ini adalah berorientasikan didik hibur dan fleksibel di mana guru sebagai pemudahcara untuk membantu mereka mengikuti pembelajaran di hospital.

Selain itu, program ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Senarai Sekolah Dalam Hospital

Terdapat 15 sekolah di seluruh negara iaitu:

Kekosongan Opsyen Yang Ditawarkan

Kekosongan opsyen yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Matematik (Sekolah Menengah)
  • Sains (Sekolah Menengah)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Gred jawatan guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah pada gred DG41/42/DG44, Khas Untuk Jawatan (KUJ) jawatan hakiki DG41/42.
  2. Gred jawatan penyelia PPP adalah pada gred DG41/42/DG44/DG48, KUJ jawatan hakiki DG41/42.
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman mengajar.
  5. Mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran dalam mata pelajaran teras sekolah menengah (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains atau Matematik).
  6. Bersedia berkhidmat di sekolah tersebut sekurang- kurangnya tiga hingga lima tahun;
  7. Sekiranya ingin menyambung perkhidmatan di sekolah tersebut selepas tiga tahun, sokongan penyelia adalah diperlukan.
  8. Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  9. Memperoleh markah penilaian prestasi melebihi 90 peratus untuk tiga tahun terakhir.
  10. Pasangan suami isteri tidak boleh ditempatkan di SDH yang sama.
  11. Mempunyai kesediaan mental, emosi dan fizikal yang baik.
  12. Mempunyai minat, dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di SDH.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui sistem EGTUKAR di pautan laman sesawang https://epgo.moe.gov.my.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi;

Encik Ahmad Idrus bin Rahmad
Penolong Pengarah,
Unit Sekolah Jenis Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Telefon : 082-473473 atau
Email : [email protected]

Baca juga: Permohonan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: