Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah (TS25).

TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di dalam negara.

Secara umumnya, program ini adalah untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.

Program ini dilaksanakan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Namun, menjelang tahun 2021, pelaksanaan program ini diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di KPM.

Objektif Pelaksanaan TS25

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:

  1. Membangunkan kepakaran dalam melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  2. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat Perlaksanaan

Matlamat pelaksanaan program ini adalah:

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Konsep Program TS25

Konsep pelaksanaan program ini dapat difahami seperti dalam gambar di bawah:

Jangka Masa Program

Jangka masa pelaksanaan program ini adalah selama 18 tahun bermula daripada murid berkenaan pada Tahun 1 sehingga tamat SPM/STPM:

Sumber: https://jpnterengganu.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025

Kesimpulannya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: