ProSPEC MARA: Program Pembangunan Usahawan Profesional

Kepada rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan bagi Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC).

Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) merupakan program keusahawanan bersepadu bagi melahirkan usahawan di kalangan ahli pegawai perubatan, ahli farmasi berdaftar dan doktor pergigian yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA di bawah satu jenama U.n.i Klinik, U.n.i Farmasi dan U.n.i Dental.

Program ini terbuka kepada bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja dan mereka yang berminat boleh mendaftar dengan segera.

Kelebihan Program Pembangunan Usahawan Profesional

Terdapat 5 kelebihan utama yang bakal dinikmati peserta program ini iaitu:

  1. Latihan berstruktur fokus kepada pengurusan dan operasi klinik dan farmasi.
  2. Pembiayaan sehingga RM500,000 (berdasarkan kelayakan).
  3. Di bawah satu jenama (U.n.i. Klinik/U.n.i Farmasi/U.n.i Dental).
  4. Khidmat nasihat dan pemantauan.
  5. Lain-lain sokongan keusahawanan.

Kelayakan Minima

Kelayakan minima untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Bumiputera berumur 45 tahun ke bawah.
  2. Usahawan U.n.i Klinik:
    – Ijazah Sarjana Muda Bidang Perubatan (MBBS/MD)
    – Sijil Perakuan Pengalaman Tahunan (APC) daripada Majlis Perubatan Malaysia
    – Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam operasi Klinik Pengamal Perubatan Umum (GP)
  3. Usahawan U.n.i Farmasi:
    – Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian.
    – Ahli farmasi dan mempunyai Sijil Tahunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia.
    – Pengalaman sebagai Ahli Farmasi bertauliah sekurang-kurangnya tiga tahun.
  4. Usahawan U.n.i Dental :
    – Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (Dental Surgery) 
    – Telah menamatkan servis wajib 1 tahun di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
    – Berpengalaman di dalam perniagaan/operasi Klinik Pergigian tidak kurang 2 tahun
  5. Telah tamat housemanship.
  6. Bebas senarai hitam CTOS dan MARA.
  7. Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (bonded).
  8. Berminat untuk membuka klinik sendiri.

Tatacara Pendaftaran

Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/ProSPECBorneo.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen sokongan.
  4. Klik “Submit” untuk melengkapkan pendaftaran.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti:

  1. Sijil kelayakan akademik
  2. Resume

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Profesional, sila hubungi:

  • Pn Wan Khazila: 010- 700 5655
  • Pn. Afizah: 016-668 2518
  • En. Lassim: 016-9817058
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: