PROTEGE-GEES: Latihan Sambil Bekerja RM2000 Sebulan
Yayasan PETRONAS telah membuka tawaran bagi program latihan sambil bekerja di yayasan tersebut iaitu PROTEGE-GEES.
Untuk makluman, PROTEGE-GEES adalah program selama 12 bulan menerusi latihan sambil bekerja di Yayasan PETRONAS menerusi Program MySTEP PETRONAS.
Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan jangka panjang atau untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.
Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.
Keistimewaan Program
Mereka yang menyertai program ini akan mendapat beberapa keistimewaan seperti:
- Kemahiran insaniah
- Elaun bulanan sebanyak RM2,000 (termasuk SOCSO dan KWSP).
- Insurans peribadi kemalangan.
- 12 hari cuti tahunan.
- Tiket kapal terbang pergi dan balik untuk peserta daripada Malaysia Timur.
Syarat Kelayakan
Mereka yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 26 tahun.
- Pemohon merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda minimum dengan PNGK minimum 3.0.
- Pemohon adalah menganggur atau tidak bekerja dalam bidang kelayakan siswazah yang tidak berkaitan.
- Pemohon tidak menghadiri sebarang program yang sama ditawarkan oleh GLC/syarikat lain.
- Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Pertama daripada bidang:
– Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan
– Sains Aktuari
– Pentadbiran Perniagaan
– Multimedia dan Komunikasi
– Sumber Manusia
– Undang-Undang
Langkah Memohon
Pemohon yang ingin menyertai program ini boleh menghantar CV kepada pihak Yayasan PETRONAS ke alamat [email protected].
Info Lanjut
Info lanjut mengenai PROTEGE-GEES, layari laman web Yayasan PETRONAS iaitu https://www.yayasanpetronas.com.my/.