Protege MAIWP: Peluang Kerjaya Graduan Asnaf Lepasan IPT

Graduan asnaf lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini berpeluang untuk memohon peluang kerjaya di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Program Protege MAIWP.

Program Protege MAIWP ialah diwujudkan bertujuan untuk membantu graduan menganggur dalam membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan.

Menerusi program ini, graduan asnaf tersebut yang layak akan berpeluang untuk bekerja di MAIWP.

Oleh itu, permohonan program ini dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 secara atas talian.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang berminat untuk memohon program ini iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan.
  3. Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.
  5. Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.

Keutamaan Permohonan

Keutamaan permohonan ini diberikan kepada pemohon berikut:

  1. Penerima biasiswa MAIWP; atau
  2. Bantuan pelajaran MAIWP.

Cara Memohon

Permohonan untuk memohon program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf1FqcXn5nayu5UIO-1EVP3a_YbcujcPN0j96q3AErJiOuGDg/viewform.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Semak semua maklumat sebelum menghantar.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil akademik tertinggi.
  2. Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan Protege MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: