PTTS 2.0: Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 Selama 4 Minggu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan murid yang bakal memulakan persekolahan Tahun 1 sesi 2022/2023 akan menyertai Program Transisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0).

Untuk makluman, PTTS 2.0 dilaksanakan setelah mengambil kira murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama 2 bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021.

Langkah ini adalah untuk memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani, dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan Tahun 1 sesi 2022/2023 diharap dapat mengambil tanggungjawab dan peranan sepanjang pelaksanaan program ini.

Objektif PTTS 2.0

Objektif pelaksanaan PTTS 2.0 adalah bertujuan untuk:

  • Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun 1.
  • Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam pembelajaran seterusnya.
  • Memberi penekanan dalam aspek sosio emosi, kognitif, dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, dan nilai.
  • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  • Membantu murid mengurus diri sendiri.
  • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dana interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.

Pelaksanaan PTTS 2.0

Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan 4 minggu pertama persekolahan melibatkan 2 fasa iaitu:

i) Fasa penyesuaian

  • Fasa ini dilaksanakan selama 2 minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan.
  • Fasi ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
  • Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.

ii) Fasa Kesediaan

  • Pelaksanaan fasa ini adalah selama 2 minggu mengikut jaduan Tahun 1.
  • Pelaksanaan adalah melibatkan pelaksanakan oleh guru mata pelajaran.
  • Guru memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
  • Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD.
  • Guru akan memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.

Peranan & Tanggungjawab

Terdapat 3 pihak iaitu pentadbir, guru dan ibu bapa yang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam PTTS 2.0 seperti berikut:

i) Pentadbir

  • Memahami konsep.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan.
  • Mengenal pasti guru.
  • Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa.
  • Merancang, melaksanakan pemantauan dan penilaian program di peringkat sekolah.
  • Memastikan kelancaran program.
  • Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.
  • Memastikan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) semasa sentiasa dipatuhi.

ii) Guru

  • Memahami konsep dan pelaksanaan program.
  • Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang terlibat.
  • Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua minggu.
  • Melaksanakan fasa kesediaan selama dua minggu juga.
  • Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.
  • Melaksanakan pentaksiran berdasarkan senarai semak kesediaan murid semasa fasa penyesuaian.
  • Melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa fasa kesediaan.
  • Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
  • Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas.
  • Memastikan SOP semasa sentiasa dipatuhi.

iii) Ibu bapa

  • Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.
  • Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka.
  • Memastikan kelengkapan pembelajaran.
  • Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
  • Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PTTS 2.0, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: