Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA: Kemasukan Sesi Oktober 2022

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA) menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Program ini menawarkan kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan kepada individu yang berminat bagi bidang yang diperlukan.

Untuk makluman, terdapat 5 kali pengambilan setahun iaitu Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.

Menariknya, lepasan MARA-OISCA akan berpeluang menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.

Justeru itu, bagi mereka yang berminat, pendaftaran bagi sesi Oktober 2022 telah dibuka menerusi atas talian sebelum 9 September 2022.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 2 bulan iaitu Oktober 2022 sehingga Disember 2022.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan bagi pembelajaran di pusat ini adalah seperti berikut:

  • Elaun Sara Hidup Bulanan.
  • Asrama disediakan.
  • Yuran pengajian ditanggung MARA.
  • Peluang latihan industri di Jepun.

Bidang Yang Diperlukan

Bidang yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Teknologi Kejuruteraan Automotif.
  • Teknologi Kejuruteraan Bangunan.
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Bujang.
  2. Lelaki.
  3. Warganegara berumur 20-29 tahun.
  4. Lepasan IPMA.

Cara Memohon

Pemrohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, sila hubungi talian 03-87249344 atau melalui whatsapps 011-13307312.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: