Cara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan kemasukan ke MRSM untuk 2023/2024, mereka boleh membuat rayuan untuk memastikan mereka dapat memasuki institusi pendidikan tersebut.

Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini bagi tahun ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.

Untuk tahun ini, pihak MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.

Rayuan kemasukan boleh dibuat mulai 7 Mac 2023 sehingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang latarbelakang MRSM cara membuat permohonan rayuan.

Pengenalan MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Program MRSM

Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

Cara Membuat Rayuan MRSM

Untuk membuat rayuan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web semakan kemasukan berikut mengikut tingkatan:
    – Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/
    – Tingkatan 2: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/
  2. Masukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Keputusan permohonan kemasukan dipaparkan.
  5. Jika butang rayuan dipaparkan, klik butang ‘Hantar Rayuan.’

Tindakan Bagi Status Berjaya Rayuan MRSM

Bagi pelajar yang berjaya dalam rayuan, mereka mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:

  1. Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
  2. Pelajar yang tidak membuat pengesahan terima/tolak tawaran dalam masa 7 hari dianggap menolak tawaran MRSM.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai rayuan kemasukan MRSM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/ atau menghubungi talian 03-261 34517/34516/34578/34494/39070/34533.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: