Reading Progress: Aplikasi Tingkatkan Penguasaan B. Inggeris

Reading Progress merupakan aplikasi yang mampu meningkatkan Bahasa Inggeris murid di sekolah.

Untuk pengetahuan, Aplikasi Reading Progress adalah sebahagian daripada komponen dalam perisian Microsoft Teams yang dapat meningkatkan kemahiran dalam aspek sebutan dan memperluaskan kosa kata Bahasa Inggeris.

Bagi projek rintis, seramai 1,188 guru dan 576 sekolah di dalam dan luar bandar terbabit dalam projek ini yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid.

Penggunaan ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu guru memantau tahap penguasaan bahasa Inggeris murid secara berkesan, sekali gus boleh merangka intervensi lebih awal untuk murid yang bermasalah dalam menguasai bahasa tersebut.

Fungsi Aplikasi

Menerusi aplikasi ini, murid akan dapat merekodkan audio, video atau kedua-duanya ketika membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris bagi membantu melihat perkataan atau cara sebutan yang tidak betul.

Ini akan membantu bukan saja dari segi sebutan murid, tapi juga memperkenalkan perkataan baharu dan struktur ayat yang lebih baik kepada murid.

Cara Penggunaan

Untuk menggunakan aplikasi Reading Progress ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Portal DELIMa di pautan https://d2.delima.edu.my/.
  2. Klik ikon ‘Microsoft’ di Menu Utama.
  3. Aktifkan aplikasi Microsoft Teams.

Kemudian, untuk memberikan assignment kepada murid, sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Pilih kelas yang anda inginkan dan klik pada menu ‘Assignments.’
  2. Pilih ‘Create’ dan ‘Assignment.’
  3. Isikan tajuk ‘Assignment’ tersebut dan pilih ‘Attach.’
  4. Kemudian, pilih Reading Progress daripada senarai menu.
  5. Pilih petikan untuk murid.
  6. Masukkan penyelarasan tambahan untuk mendapatkan lebih banyak data untuk tujuan rujukan semasa semakan kerja murid dilakukan:
    – Reading level: Mengenalpasti tahap bacaan yang sesuai untuk kelas anda. Reading level yang telah ditetapkan boleh digunakan sebagai kata kunci untuk buat pencarian menggunakan Insights.
    – Genre: Pilih samada ‘Fiction’ atau ‘Non-Fiction.’
    – Number of Attempts: Choose ‘Unlimited’ untuk membenarkan murid berlatih bacaan tanpa ada had, atau tetapkan jumlah percubaan dengan memilih bilangan nombor yang anda rasakan sesuai.
    – Pronunciation sensitivity: Tetapkan tahap pengesanan sebutan semasa proses bacaan dilakukan untuk menganggarkan ralat sebutan. Pilih ‘Less sensitive’ untuk lebih fleksibel terhadap ralat sebutan, dan ‘More Sensitive’ untuk meningkatkan ketetapan sebutan semasa bacaan dilakukan. Penyelarasan ini boleh diubahsuai semasa semakan kerja murid dilakukan.
    – Require video: Anda boleh memilih ‘Yes’ jika perlukan murid untuk merekod video semasa aktivit bacaan, atau pilih No jika cukup sekadar merekod audio bacaan murid.
    – Edit your passage: Sekiranya muat naik Word atau PDF, anda boleh melakukan penyuntingan.
    – Student View: Pilih fungsi ini untuk melihat pratonton paparan murid apabila menerima tugasan.
  7. Klik butang ‘Next.’
  8. Sebelum klik butang ‘Assign,’ guru boleh menyunting dan buat penambahan untuk bahagian Instructions, Points dan Date due.
  9. Klik butang ‘Assign’ untuk hantar kepada murid.
  10. Murid anda akan mendapat notifikasi untuk Assignment yang baharu, dan akan muncul dalam senarai Assignment guru.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Reading Progress, sila layari laman web https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/welcomekit/guru/reading-progress.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: