RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023 RM550

Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi belia untuk memohon Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RiDE.

Inisiatif RiDE ini diperkenalkan bagi meringankan beban dan menggalakkan golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantar makanan/barangan bermotor (P-Hailing) yang sah.

Ini dapat untuk menjana peluang sumber pendapatan buat anak muda di Selangor serta keluarga mereka melalui perkhidmatan penghantaran.

Belia di Negeri Selangor yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera.

Pengenalan

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda telah melancarkan Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RIDE pada tahun 2020.

Inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah. Bermula tahun 2021, inisiatif ini memfokuskan kepada pengiat e-hailing atau kini dikenali sebagai p-hailing.

Mengikut data jumlah pemohon dan yang layak menerima inisiatif ini, pemandu p-hailing dari kawasan bandar dan pinggir bandar adalah tertinggi berbanding kawasan lain.

Hal ini adalah kerana ramai golongan belia yang terlibat dengan industri ini berada di kawasan berkenaan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengagihkan kuota mengikut jumlah pengundi. Namun, sebarang cadangan bagi penambahbaikan inisiatif ini amat dialu-alukan.

Kadar Bantuan RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023 R

Kadar bantuan yang akan diberikan bagi belia yang layak adalah seperti berikut:

  • Tunai: RM500
  • KWSP: RM50

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.
  2. Berumur 17-40 tahun sahaja.
  3. Mempunyai lesen memandu B2 yang sah.
  4. Bekerja sepenuh masa sebagai Rider p-Hailing yang sah.
  5. Belum pernah menerima inisiatif RiDE pada tahun-tahun sebelumnya.

Cara Memohon RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023

Permohonan inisiatif ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Tangkapan skrin atau cetakan daftar pemilih.
  2. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Salinan Lesen Memandu B2
  4. Salinan Bil Utiliti (Bil AIr/Elektrik)
  5. Salinan ID Rider e-Hailing
  6. Salinan penyata bank yang mempunyai nama dan no. akaun pemohon

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/ atau ke alamat berikut:

Urus Setia Inisiatif Roda Darul Ehsan (_RiDE)
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: