RKPYS 2024: Tawaran Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor

Yayasan Selangor (YS) akan membuka permohonan bagi Tingkatan 1 2022 bermula 3 Januari 2024 untuk Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut merupakan mengenai rancangan khas ini dan cara untuk membuat permohonan.

Mengenai RKPYS

RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Tujuan prorgram ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.

Murid-murid yang terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

Penempatan Asrama

Murid tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
AsramaNama SekolahJantina
AYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelaki
AYSSBSMK Seri BedenaLelaki
AYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki
AYSK SMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/
Perempuan
AYSK SMK (P) Methodist, KlangPerempuan
AYSK SMK Convent, KlangPerempuan
AYSK SMK Methodist ACS, KlangLelaki
AYSK SMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

AsramaNama SekolahJantina
Sabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan
Sabak Bernam SMK Sungai BesarLelaki/Perempuan
Sabak Bernam SMK Dato’ Mustaffa, SekinchanPerempuan
Kuala SelangorSMK Dato’ Harun, Tanjong KarangLelaki/Perempuan
Kuala SelangorSMK Pengkalan Permatang Lelaki/Perempuan
Hulu SelangorSMK Kuala Kubu Bharu Lelaki/Perempuan
PetalingSMK Damansara Utama Lelaki/Perempuan
Petaling SMK Shah Alam Lelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki
Hulu Langat SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Lelaki/Perempuan
Hulu Langat SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) Perempuan
Kuala LangatSMK Telok Panglima Garang Lelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK Banting Lelaki/Perempuan
Kuala Langat SMK Bukit Changgang Lelaki/Perempuan
SepangSMK Seri Sepang Lelaki/Perempuan
W.P Kuala LumpurSMK Aminuddin Baki Perempuan

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

NegeriNama SekolahJantina
SelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan
Selangor SMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan
Selangor SMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki
W.P Kuala Lumpur SMK Aminuddin Baki Lelaki
W.P Kuala Lumpur SMK Sentul UtamaLelaki/Perempuan
W.P Kuala Lumpur SMK (P) BandarayaPerempuan
W.P Kuala Lumpur SMK (P) Jalan IpohPerempuan
W.P Kuala Lumpur VICTORIA InstitutionLelaki

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Tarikh Permohonan RKPYS 2024

Tarikh permohonan dibuka 03 Januari 2024 sehingga 15 Januari 2024.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan RKPYS ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan https://yayasanselangor.org.my/pengambilan-murid-tingkatan-1-rancangan-khas-pendidikan-kementerian-pendidikan-malaysia-yayasan-selangor-tingkatan-1-2023/
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.
  5. Cetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa/Penjaga –1 salinan
  2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan    
  3. Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
  4. Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
  5. Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
  6. Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
  7. Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
  8. Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan

Semua dokumen di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional)/Penghulu/Pengerusi MPKK/Ketua Kampung/Nazir Masjid dan yang setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai RKPYS 2024, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: