RKPYS 2025: Tawaran Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor
Yayasan Selangor (YS) akan membuka permohonan bagi Tingkatan 1 2025 bermula 4 November 2024 untuk Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut merupakan mengenai rancangan khas ini dan cara untuk membuat permohonan.
Mengenai RKPYS
RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.
Tujuan prorgram ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.
Murid-murid yang terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.
Penempatan Asrama
Murid tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.
i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor
Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:
- Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
- Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
Asrama | Nama Sekolah | Jantina |
AYSSB | SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam | Lelaki |
AYSSB | SMK Seri Bedena | Lelaki |
AYSK | SMK Tinggi Klang, Klang | Lelaki |
AYSK | SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Lelaki/ Perempuan |
AYSK | SMK (P) Methodist, Klang | Perempuan |
AYSK | SMK Convent, Klang | Perempuan |
AYSK | SMK Methodist ACS, Klang | Lelaki |
AYSK | SMK (P) Bukit Kuda, Klang | Perempuan |
ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor
Asrama | Nama Sekolah | Jantina |
Sabak Bernam | SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam | Perempuan |
Sabak Bernam | SMK Sungai Besar | Lelaki/Perempuan |
Sabak Bernam | SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan | Perempuan |
Kuala Selangor | SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang | Lelaki/Perempuan |
Kuala Selangor | SMK Pengkalan Permatang | Lelaki/Perempuan |
Hulu Selangor | SMK Kuala Kubu Bharu | Lelaki/Perempuan |
Petaling | SMK Damansara Utama | Lelaki/Perempuan |
Petaling | SMK Shah Alam | Lelaki/Perempuan |
Hulu Langat | SMK Tinggi Kajang | Lelaki |
Hulu Langat | SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang | Lelaki/Perempuan |
Hulu Langat | SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) | Perempuan |
Kuala Langat | SMK Telok Panglima Garang | Lelaki/Perempuan |
Kuala Langat | SMK Banting | Lelaki/Perempuan |
Kuala Langat | SMK Bukit Changgang | Lelaki/Perempuan |
Sepang | SMK Seri Sepang | Lelaki/Perempuan |
W.P Kuala Lumpur | SMK Aminuddin Baki | Perempuan |
iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)
Negeri | Nama Sekolah | Jantina |
Selangor | SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya | Perempuan |
Selangor | SMK (P) Assunta, Petaling Jaya | Perempuan |
Selangor | SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya | Lelaki |
W.P Kuala Lumpur | SMK Aminuddin Baki | Lelaki |
W.P Kuala Lumpur | SMK Sentul Utama | Lelaki/Perempuan |
W.P Kuala Lumpur | SMK (P) Bandaraya | Perempuan |
W.P Kuala Lumpur | SMK (P) Jalan Ipoh | Perempuan |
W.P Kuala Lumpur | VICTORIA Institution | Lelaki |
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua mata pelajaran Tahun 6 di sekolah rendah.
- Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
Tarikh Permohonan RKPYS 2024
Tarikh permohonan dibuka 04 November 2024 sehingga 19 November 2024.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan RKPYS ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan https://yayasanselangor.org.my/rkpys/.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.
- Cetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa/Penjaga –1 salinan
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan
- Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
- Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
- Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
- Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
- Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
- Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan
Semua dokumen di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional)/Penghulu/Pengerusi MPKK/Ketua Kampung/Nazir Masjid dan yang setaraf dengannya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai RKPYS 2025, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.
Baca juga: YTRC: Permohonan Biasiswa Yayasan TRC 2024 (Sarjana Muda)