RKPYS: Permohonan Tingkatan 1 2026

Bagi pelajar yang bakal memasuki Tingkatan 1 bagi tahun 2026, anda boleh memohon Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Mengenai RKPYS

RKPYS merupakan singkatan bagi Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor yang merupakan sebuah program pendidikan untuk pelajar sekolah menengah yang dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Ianya ditawarkan kepada murid yang bakal melanjutkan pendidikan mereka di Tingkatan 1 sahaja.

Murid yang terpilih bakal menikmati pelbagai kemudahan ditawarkan kepada murid terpilih termasuk asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan daripada guru yang dilantik.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 22 September 2025 sehingga 8 Oktober 2025.

Penempatan Asrama/Sekolah Pilihan

Murid yang terpilih akan perlu memilih penempatan mereka sama ada

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

i- Asrama Pusat Yayasan Selangor

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) 
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
ASRAMA PUSATNAMA SEKOLAHJANTINA

AYSSB
SMK Ungku Aziz
SMK Seri Bedena
Lelaki
Lelaki
AYSKSMK Tinggi Klang
SMK Methodist ACS, Klang
SMK Tengku Ampuan Rahimah
SMK (P) Methodist Klang
SMK  Convent Klang
SMK (P) Bukit Kuda
Lelaki
Lelaki 
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

ii- Asrama Daerah Yayasan Selangor

Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.

Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Murid tajaan ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor: 

a) Selangor

DAERAHNAMA SEKOLAHJANTINA
SABAK BERNAM

SMK Ungku Aziz
SMK Sungai Besar
SMK Dato’ Mustaffa
Perempuan 
Lelaki / Perempuan 
Perempuan
KUALA SELANGORSMK Dato’ Harun
SMK Pengkalan Permatang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU SELANGORSMK Kuala Kubu BharuLelaki / Perempuan
PETALINGSMK Damansara Utama (DLP)
SMK Shah Alam
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
HULU LANGATSMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Kajang SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)
Lelaki 
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
KUALA LANGATSMK Banting
SMK Bukit Changgang
SMK Telok Panglima Garang
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
SEPANGSMK Seri SepangLelaki / Perempuan

b) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

NAMA SEKOLAHJantina
SMK Aminuddin BakiPerempuan

c) Tanpa Asrama/Berulang dari Rumah

Murid tajaan akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Mereka akan berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing dan akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut

NEGERINAMA SEKOLAHJANTINA
SELANGORSMK (P) Sri Aman
SMK (P) Assunta
SMK (L) Bukit Bintang
Perempuan 
Perempuan 
Lelaki
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURSMK Aminuddin Baki
VICTORIA Institution
SMK Sentul Utama
SMK (P) Jalan Ipoh
Lelaki
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
  2. Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) di pautan https://yayasanselangor.org.my/.

Cetak borang yang telah diisi dengan lengkap. Hantar borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui pos atau serahan tangan.

Sertakan dokumen yang diperlukan seperti:

  • Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga –1 salinan
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan    
  • Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
  • Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
  • Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
  • Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai RKPYS, sila hubungi:

BAHAGIAN 
PENGURUSAN OPERASI PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, 
No. 18A, Persiaran Barat, 
46000 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: 03-7669 1218 / 250 / 217 / 211 / 150 / 141 / 158
Faks: 03-7954 1790

Baca juga: Semakan Pusat Ujian PKSK Sesi 2026/2027

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: