Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023

Seluruh dunia meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 yang bakal berlangsung bagi memastikan isu-isu berkaitan kanak-kanak terus diambil perhatian oleh masyarakat.

Di Malaysia, Hari Kanak-Kanak Sedunia juga turut disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Berikut merupakan maklumat atau info mengenai Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Sejarah Sambutan

Hari Kanak-kanak Sedunia kali pertama diisytiharkan pada tahun 1925, di Persidangan Kebajikan Kanak-Kanak Sedunia di Geneva Switzerland.

Pada awalnya, sambutan ini tidak diiktiraf secara rasmi di seluruh dunia namun pada tahun 1954, negara United Kingdom telah menggalalakkan negara lain untuk mewujudkan sambutan satu hari untuk bagi persefahaman di antara kanak-kanak dan untuk meningkatkan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia. 

Oleh itu, Hari Kanak-Kanak Sedunia akhirnya diisytiharkan pada tahun 20 November 1959 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Malaysia

Di Malaysia, sambutan ini kali pertama disambut pada tarikh 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Sambutan ini dijalankan sebaik sahaja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan tarikh ini sebagai hari untuk persaudaraan dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Sambutan Hari Kanak-Kanak ini di Malaysia disambut pada 20 November setiap tahun.

Deklarasi Hak Kanak-Kanak

Deklarasi Hak Kanak-kanak merupakan dokumen antarabangsa yang mengutarakan mengenai hak kanak-kanak.

Deklarasi ini pada asalnya dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.

Antara perkara yang terkandung di dalam deklarasi ini adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
  • Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
  • Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
  • Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
  • Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.

Deklarasi penuh boleh dirujuk melalui laman web https://www.unicef.org/child-rights-convention/convention-text.

Hak Kanak-Kanak

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak mengandungi sejumlah 54 hak kanak-kanak antaranya ialah:

  • Hak untuk Hidup (Perkara 6)
  • Hak untuk memberikan pendapat mereka (Perkara 12)
  • Hak untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selamat dan untuk memenuhi keperluan asas mereka (Perkara 27)
  • Hak untuk mendapat pendidikan (Perkara 28)
  • Hak untuk bermain dan berehat (Perkara 31)
  • Hak untuk mendapat perlindungan daripada kerja yang membahayakan mereka, dan tidak baik untuk kesihatan dan pendidikan mereka (Perkara 32)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: