Sambutan Hari Kebangsaan 2025: Tarikh, Tempat & Program

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan dijalankan pada 31 Ogos 2025 bagi meraikan hari kemerdekaan negara ke-68.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai sambutan hari kebangsaan ini.

Mengenai Sambutan Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan sambutan acara tahunan yang diadakan di Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun.
Sambutan ini dijalankan untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Setiap tahun, sambutan ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti perarakan, persembahan, dan sebagainya dengan tema sambutan yang unik.
Tema Sambutan
Tema sambutan pada tahun ini adalah “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.
Tema ini mencerminkan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.
Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.
Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Logo Rasmi
Logo rasmi bagi sambutan pada kali ini adalah seperti berikut:

- JALUR: Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia.
- BULAN SABIT: Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- BINTANG: Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
- BULATAN: Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
- WARNA KUNING: Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berperlembagaan.
- WARNA MERAH: Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.
- WARNA BIRU: Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
- WARNA PUTIH: Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka.
- WARNA HITAM: Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik.
Tarikh & Tempat Sambutan Berlangsung
Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) di Dataran Putrajaya.
Sambutan tersebut akan bermula pada jam 7.00 pagi dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini.

Tentatif Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Tentatif sambutan bagi tahun ini adalah seperti berikut:
- 7:00 pagi: Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
- 7:10 pagi: Ketibaan YB Menteri Komunikasi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
- 7:15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
- 7:40 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II beserta isteri
- 7:45 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri
- 7:50 pagi: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri
- 8:00 pagi: Ketibaan rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Upacara hormat diraja dengan nyanyian lagu “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU)
Lintas hormat oleh Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Penyambutan rasmi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan upacara menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi tembakan meriam sebanyak 14 das
Perbarisan kontinjen dan perarakan aset kebangsaan
Persembahan lintas udara khas
Persembahan tematik bertajuk MADANI - 10:00 pagi: Keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
YAB Perdana Menteri dan isteri, bersama YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta tetamu kehormat mula meninggalkan majlis
Majlis berakhir dan bersurai
Program Sisipan
Selain itu, terdapat juga program sisipan sempena sambutan hari tersebut seperti berikut:

Info Lanjut
Info lanjut mengenai sambutan hari kebangsaan ini, sila layari laman web https://www.merdeka360.my/.
Baca juga: SARA: Cara Semakan Kelayakan Penghargaan SARA RM100



