SARA 2025: Tarikh Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah

Kerajaan telah mengumumkan pembayaran bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan mulai 15 Januari 2025.

Berikut merupakan maklumat dan info mengenai sumbangan ini.

Mengenai SARA 2025

SARA merupakan sumbangan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Untuk 2025, penerima sumbangan ini meningkat kepada 4.1 juta penerima berbanding penerima berbanding 700,000 pada 2024 mengikut jumlah penerima STR 2025.

Mereka akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad mulai Januari 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Mulai bulan April, bantuan ini akan ditambah kepada RM200 sebulan bagi penerima yang layak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
  3. Tersenarai sebagai miskin tegar/miskin dalah sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bantuan SARA 2025

Jumlah bantuan sumbangan ini yang akan diterima penerima adalah seperti berikut:

i) Penerima STR & eKasih : 

  • Isi Rumah – RM2100
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
  • Bujang – RM600

ii) Penerima STR sahaja

  • Isi Rumah – RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

Semakan Status Penerima

Semakan status penerima boleh dirujuk melalui cara-cara di bawah:

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran bagi sumbangan ini adalah seperti jadual di bawah:

Kaedah Penyaluran Bantuan

Untuk tahun 2025, penyaluran SARA adalah melalui penggunaan MyKad di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.

Kaedah ini telah ditambah baik berbanding tahun lalu, yang menyaksikan pemberian tunai 2 kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my atau https://www.mykasih.com.my.

Baca juga: Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2025 KPM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: