Mohon Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

Lepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pengajian ke program Sarjana boleh membuat permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023.

Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah merupakan program pengajian ijazah sarjana pendidikan yang direka khas untuk para guru kerana dijalankan pada cuti sekolah tanpa mengganggu tugas hakiki.

Program ini diwujudkan di bawah kerjasama erat antara Fakulti Pendidikan UKM, UKMSHAPE, dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad dan terbuka kepada semua pemegang ijazah sarjana muda yang berminat ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Januari 2023 untuk ambilan Februari 2023.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi progrm ini adalah 2 Tahun bersamaan 4 Semester.

Lokasi Pengajian

Lokasi pengajian bagi program ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  • Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching Sarawak 
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKB) Kelantan
  • University College Sabah Foundation (UCSF), Kota Kinabalu

Senarai Kursus

Senarai kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti:

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Kurikulum dan Pedagogi
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan Perniagaan dan Keusahwanan
  • Pengurusan Sukan
  • Pentadbiran Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Pendidikan Sejarah
  • Pendidikan Matematik
  • Psikologi Pendidikan
  • Pendidikan Prasekolah
  • Penilaian dan Pengukuran
  • Pendidikan Ekonomi
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat
  • Pendidikan Komputer
  • Pendidikan Sastera

Tatacara Permohonan

Permohonan program ini boleh dibuat pautan https://koperasisiswazah.com/.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023, sila hubungi:

  • Koperasi Siswazah Bangi Berhad: 018-229 0929
  • Cik Ahlem Kamel: 014-924 4386
  • Dr. Layang Ugek: 019-859 5079
  • Cik Farah Elisha Adnand: 010-909 6146
  • Puan Aimi Amalina: 018-209 9650
  • Mr Chin Yoong Fei: 019-245 1401
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: