Sarjana Pendidikan UPSI (Mod Cuti Sekolah): Kemasukan Disember 2022

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka permohonan bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk menyambung pengajian Sarjana Pendidikan UPSI (Mod Cuti Sekolah) bagi kemasukan Disember 2022.

Untuk makluman, UPSI merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997.

Sebelum ini, universiti ini sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris dan terletak di Tanjung Malim, Perak.

Justeru itu, bagi yang berminat, permohonan program sarjana ini dibuka sehingga 15 November 2022.

Kelebihan Program

Kelebihan program sarjana ini adalah seperti:

  • Ijazah dianugerahkan oleh UPSI.
  • Ijazah setara program arus perdana dan diiktiraf di dalam (JPA) dan luar negara.
  • Mod program adalah Mod C secara kerja kursus (Coursework)
  • Penulisan Kertas Projek sekitar 60 halaman di bawah bimbingan penyelia tanpa viva.
  • Kuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah penggal mengikut takwim KPM.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus-kursus yang ditawarkan bagi program ini adalah seperti:

  • Pengajian kurikulum-Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains/Sejarah/Pendidikan Islam/Moral
  • Psikologi Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Pedagogi
  • Teknologi Instruksional
  • Pendidikan Khas Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Sekolah Rendah
  • Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
  • Pendidikan Sains Sekolah Rendah
  • Bahasa Melayu
  • TESL

Struktur Pengajian

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke program ini akan mengikuti truktur pengajian adalah seperti:

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pemegang ijazah sarjana muda (semua bidang).
  2. CGPA Ijazah Sarjana Muda: Tidak kurang daripada 2.75.
  3. CGPA bagi program Bahasa Melayu dan TESL adalah minimum adalah 2.50.
  4. Bagi CGPA kurang daripada 2.75, wajib mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan sekurang-kurangnya 5 tahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari link permohonan https://tinyurl.com/MCSUPSIAMBILANDISEMBER2022.
  2. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan lengkap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Sarjana Pendidikan UPSI, sila hubungi sekretariat program di talian:

  • Pejabat: 03-8922 0952
  • Telefon bimbit: 019-559 2782/019-930 7029/019-808 1951/011-3349 2172.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: