SBBS 2022: Bantuan Persekolahan Koperasi Tentera

Anggota Koperasi Tentera yang mempunyai anak yang masih bersekolah boleh memohon bantuan menerusi Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) 2022.

SBBS adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota Koperasi Tentera untuk
meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baharu persekolahan.

Oleh itu, anggota Koperasi Tentera yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan SBBS ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan persekolahan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan berikut iaitu https://bit.ly/3vpZUas.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:

     
    Koperasi Tentera
    Wisma Koperasi Tentera
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

i) Pemohon (Anggota Koperasi Tentera)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ii) Anak (Pelajar Sekolah Rendah/Menengah Sahaja)

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SBBS, sila layari laman web https://www.katmb.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: