sbp-pinjaman-pelajaran

Permohonan SBP & Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara.

YPJ merupakan yayasan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi mahasiswa anak-anak negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Salah satu bantuan dan pinjaman yang diwujudkan untuk mahasiswa anak-anak Johor ialah SBP dan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi membantu mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Kolej YPJ.

Oleh itu, permohonan bagi bantuan dan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat mulai 4 April 2022 sehingga 16 April 2022.

IPT & Kolej Yang Layak

IPT dan kolej yang layak untuk memohon bantuan dan pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

i) IPTA

  1. Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

ii) Kolej

  1. Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  2. Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)

Syarat Am

Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

i) SBP

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih.
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
  5. Pendapatan Ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dan RM4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

ii) Pinjaman Pelajaran

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu 1 tahun.
  5. Pemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa.’
  7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa dan kelulusan).
  8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan
  7. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan.
  8. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  9. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) Pinjaman ii) Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)
  10. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pejabat YPJ adalah seperti berikut:

i) SBP

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran.”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA.
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar).
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  5. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  6. Salinan Akaun Bank pemohon sahaja (salinan resit pembayaran tidak diterima).
  7. Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).
  8. Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip gaji/penyata pendapatan).

ii) Pinjaman Pelajaran

  1. Salinan Kad Pengenalan pelajar.
  2. Salinan Sijil Kelahiran.
  3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  4. Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip haji/penyata pendapatan).
  5. Salinan Surat Tawaran IPT.
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  7. Salinan Sijil SPM.
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan).
  9. Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).
  10. Salinan Bil Elektrik dan Bil Air yang terkini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SBP dan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top