SDEA: Semakan Keputusan Sijil Darjah Enam Agama

Bagi murid yang mengambil peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama atau SDEA, semakan keputusan boleh dibuat mulai 27 Februari 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai peperiksaan ini.

Mengenai SDEA

Peperiksaan ini merupakan peperiksaan untuk sekolah agama yang dilaksanakan di Negeri Johor di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Di negeri-negeri lain juga terdapat peperiksaan yang hampir serupa seperti di Perak iaitu Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI), Wilayah Persekutuan dinamakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Selangor dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Umumnya, peperiksaan ini dijalankan untuk menilai tahap kemahiran murid dalam bidang Agama terutamanya pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.

Tarikh Peperiksaan SDEA

Sebelum ini, peperiksaan ini telah diadakan pada 30 Disember 2024 sehingga 2 Januari 2025.

Semakan Keputusan SDEA

Keputusan peperiksaan ini boleh disemak selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan pada

  • Tarikh : 27 Februari 2025 (Khamis)
  • Masa : 11.00 Pagi

Ibu bapa dan murid boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/semakankeputusansdea2024.

Info Lanjut

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Baca juga: BAKIPT 2025: Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Kedah RM300

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: