Sekolah Model Khas Negeri Kedah: Kemasukan 2025/2026

Permohonan kemasukan ke Tahun 4 Sekolah Model Khas Negeri Kedah Sesi 2025 /2026 telah di buka.

Untuk mengetahui mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon, sila ikuti penerangan di bawah.

Mengenai Sekolah Model Khas

Sekolah ini merupakan sekolah yang menggabungkan pelajar luar bandar yang berpotensi dan cemerlang bermula dari tahun empat hingga tingkatan lima akan diwujudkan disetiap daerah di negara ini.

Walaupun, sekolah model khas bukan sekolah berasrama penuhtetapi pengambilan pelajarnya akan diawasi dan dihadkan kepada pelajar yang berpotensi dan cemerlang serta menyediakan guru-guru yang lebih berwibawa manakala pengetuanya pulamempunyai rekod yang cemerlang.

Projek penubuhan sekolah ini bermula dengan memilih sekolah yang sedia ada dengan menambah keupayaan dan kemudahan seperti makmal sains, asrama, bilik darjah dan rumah guru supaya dapat menjadi pusatkecemerlangan pendidikan di sesebuah daerah.

Senarai Sekolah Khas

Terdapat 11 buah sekolah ini di seluruh negara iaitu 1 di Pulau Pinang, 1 di Perak, 1 Negeri Sembilan, 2 di Kedah,1 di Terengganu, 1 di Selangor dan 4 di Pahang.

Senarai sekolah tersebut adalah seperti berikut:

  • SMK Chalok, Setiu, Terengganu
  • SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang
  • SMK Bukit Jenun Pendang, Kedah
  • SMK Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
  • SMK Redang Panjang, Perak
  • SMK Meru, Klang, Selangor
  • SMK Baling, Kedah
  • SMK Sri Pekan, Pahang
  • SMK Sri Bentong, Pahang
  • SMK Seri Tualang, Bentong, Pahang
  • SMK Clifford, Pahang.

Manfaat Sekolah Model Khas

Manfaat sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Dapat mengoptimumkan potensi diri.
  • Ruang belajar semasa dan selepas yang selesa.
  • Jadual seharian yang teratur dan dipantau oleh guru/warden.
  • Mendapat bimbingan daripada guru yang kompeten dalam iklim dan budaya sekolah yang cemerlang.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke sekolah ini bagi Negeri Kedah adalah seperti berikut:

  1. Murid tahun tiga (3) di sesi 2024/2025 (keutamaan golongan keluarga B40).
  2. Sihat, sempurna fizikal dan mental.
  3. Minimum TP4 dalam PBD (keputusan yang terkini).
  4. Lulus ujian kemasukan.
  5. Minat yang tinggi dan bersedia tinggal di asrama.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan http://tiny.cc/khaskedah.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke sekolah ini, sila hubungi:

  • Encik Rudi Hirman (JPN Kedah) – 04-740 4053
  • Puan Siti Khatijah (PPD Baling) – 04-740 434
  • Encik Mohamad Basri (PPD Pendang) 04-740 7919

Baca juga: Program Sekolah Dalam Hospital: Permohonan Guru Sarawak

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: