Sekolahku SEJAHTERA: Penerapan 14 Nilai Dalam Pembelajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya.

Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.

Konsep ini akan diperkenalkan pada sesi persekolahan akan datang dan tidak akan membebankan guru serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengenai Sekolahku SEJAHTERA

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

14 Nilai Sekolahku SEJAHTERA

Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:

  1. Selamat
  2. Seronok
  3. Sihat
  4. Etika
  5. Empati
  6. Jati diri
  7. Adab sopan
  8. Harmoni
  9. Tekun
  10. Teliti
  11. Terampil
  12. Eksplorasi
  13. Rasional
  14. Artikulasi

Pelaksanaan Konsep

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid.

Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.

Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan secara holistik bersama dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.

Info Lanjut

Untuk mendapatkan lebih info mengenai konsep ini, sila tontoh video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=xLwgdZbpWXA.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: