Dividen SSPN 3%: Semak Jumlah Penyata SSPN Terkini Secara Online

Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh membuat semakan penyata SSPN-i untuk mengetahui status baki terkini akaun selepas pengumuman dividen SSPN tahun 2021.

Bagi tahun 2021, pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan menerima dividen sebanyak 3%.

Menurut Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan, pemberian dividen tahun 2021 akan membabitkan anggaran peruntukan RM206.25 juta dan yang akan memberikan manfaat kepada 5.24 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.

Dividen sebanyak 3% ini diberikan hasil daripada pelaburan PTPTN dalam pasaran wang dan pasaran sukuk yang dibenarkan.

Pemberian dividen tersebut menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen yang telah diberikan adalah sebanyak RM1.06 bilion semenjak Simpan SSPN diperkenalkan.

Ganjaran Kesetiaan

PTPTN juga turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 pada kadar 1%.

Ganjaran kesetiaan merupakan hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.

Ganjaran kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00.

Tempoh promosi bermula 22 Februari 2022 hingga 30 April 2022 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2018.

Mengenai SSPN

SSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi sejak tahun 2004.

Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi.

Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” yang mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Menerusi skim ini, pendeposit akan menerima pelbagai manfaat keistimewaan seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Semakan Penyata

Semakan penyata SSPN boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama.
  2. Klik ‘Daftar Pengguna Baru’ bagi pengguna baharu.
  3. Masukan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik butang ‘Simpan atau Daftar.’
  4. Semak email yang dimasukkan semasa pendaftaran.
  5. Klik link yang diberikan oleh pihak SSPN/PTPTN untuk pengaktifan.
  6. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah dibuat semasa pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan penyata SSPN, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ atau https://sspn-online.com/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *