Cara Semak Semula Keputusan & Kes ‘T’ STAM 2022
Bagi pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ingin menyemak semula keputusan atau kes ‘T’, permohonan boleh dibuat mulai 18 April 2023.
Untuk makluman, STAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.
Peperiksaan ini diwujudkan hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.
Ini adalah merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan bagi semakan semula keputusan dan kes ‘T’ adalah bermula 18 April 2023 selama 30 hari.
Caj Yang Dikenakan
Caj yang dikenakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
- Semakan semula keputusan: RM100.00
- Kes ‘T’: Tiada caj dikenakan
Syarat Permohonan
Untuk permohonan semakan semula kes ‘T,’ calon mestilah hadir ujian bertulis serta melaksanakan ujian lisan STAM dan kerja kursus STAM tahun semasa bagi mata pelajaran berkaitan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan http://lp.moe.gov.my/index.php/semak-semula-stam/762-maklumat-peperiksaan-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:
PENGARAH PEPERIKSAAN,
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1 – 3 dan 5 – 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p.: Ketua Penolong Pengarah Unit Rendah /Unit Menengah Atas/Unit Pra Universiti)
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan akan diberikan melalui pos sama ada:
- Kekal: Slip keputusan sedia ada
- Berubah:
– Calon sekolah: Hubungi sekolah asal
– Calon persendirian: Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan semula keputusan STAM dan permohonan semakan semula kes ‘T,’ sila layari laman web http://lp.moe.gov.my.