Dividen KWSP 2022 : Tarikh Pengumuman & Semakan i-Akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2022 dan ahli boleh membuat semakan dividen KWSP mereka mulai 4 Mac 2023.

KWSP ialah institusi yang diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu para pekerja menyimpan wang bagi kegunaan hari tua mereka.

Institusi ini diwujudkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap dan boleh dipercayai.

Jumlah Dividen KWSP 2022 / 2023

Menurut Seksyen 27 Akta KWSP 1991, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Untuk tahun 2022, jumlah dividen yang akan diterima ahli adalah seperti berikut:

dividen kwsp

Jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM5.7 bilion.

Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya

Kadar dividen untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti dalam jadual di bawah:

dividen kwsp

Cara Membuat Semakan Dividen KWSP

Untuk membuat semakan dividen KWSP ke dalam akaun ahli, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari http://www.kwsp.gov.my.
  2. Klik ikon ‘Login.’
  3. Masukkan ID dan Kata Laluan.
  4. Klik bahagian ‘View Details’ di bahagian menu ‘Dividend.’
  5. Perincian dividen tahun 2022 akan dipaparkan.
dividen kwsp

NOTA: Jika anda masih belum mempunyai i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran melalui langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Anda boleh membuat pendaftaran melalui mana-mana saluran berikut mengikut status kewarganegaraan anda:

  • Warganegara/PR: Kios KWSP, Kaunter KWSP, Online (View Mode)
  • Bukan Warganegara: Kaunter KWSP, Online (View Mode)
Lokasi kios: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Pendaftaran i-Akaun (Ahli) kini boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi KWSP. Perlu diingatkan akses ahli hanya terhad kepada View Mode sahaja.

Pautan pendaftaran i-Akaun online (View Mode) : https://online.kwsp.gov.my/iakaundaftar/

Lupa No KWSP

Terlupa No. KWSP anda? Lakukan antara cara berikut:

  • Semak slip gaji anda
  • Semak di i-Akaun (Ahli)
  • Dapatkan Penyata KWSP dari kios/kaunter KWSP
  • Rujuk majikan anda untuk membuat semakan
  • Hantar pertanyaan melalui e-mel dan borang maklum balas

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan dividen kwsp 2022, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend#DividendRate.

Telefon :03 – 8922 6000

Faks : 03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: