Semakan Kemasukan Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman 2025

Permohonan bagi kemasukan sesi 2025 untuk Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Darul Aman yang terletak di Negeri Kedah akan dibuka.
Untuk makluman, permohonan ini bagi kedua-dua sekolah tersebut hanya dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 sahaja.
Mengenai Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman
Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada 19 Jun 1936 yang telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah.
Sekolah ini kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu.
Tujuan utama sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta melahirkan tokoh-tokoh agama.
Kini, ini merupakan salah satu sekolah terkemuka di Negeri Kedah yang diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud.
Maahad Tahfiz Sains Darul Aman pula adalah satu-satunya sekolah berasrama penuh yang dibawah pengawalan dan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi permohonan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
i) Maktab Mahmud
- Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2012.
- Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2024 bagi 4 mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.
- Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud.
ii) Maahad Tahfiz Darul Aman
- Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2012.
- Mencapai sekurang-kurangnya TP5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2024 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
- Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Darul Aman.
Pembelian Pin
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membeli no pin terlebih dahulu yang dibeli dengan menggunakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berjumlah RM10.00.
Pembelian pin ini boleh dibeli di:
- Maahad Tahfiz Darul Aman, Kulim
- Pejabat Lembaga Maktab Mahmud, Alor Setar
Tatacara Permohonan
Permohonan bagi kemasukan ke kedua-dua sekolah terbabit boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.lmm.gov.my/ atau https://www.maktabmahmud.edu.my/login/.
- Klik “e-pendaftaran.”
- Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan.
Semakan Keputusan Kemasukan
Semakan keputusan kemasukan adalah seperti berikut:
MAKTAB MAHMUD
i- Calon Berjaya
Yang MEMPUNYAI ANGKA GILIRAN:
– Sila layari laman web https://www.makabmahmud.edu.my.
– Cetak surat tawaran dan membuat pengesahan penerimaan di sekolah yang ditawarkan.
– Bermula pada 21 JANUARI 2025 hingga 28 JANUARI 2025.
Yang TIDAK MEMPUNYAI ANGKA GILIRAN (BILIK KHAS)
– Mengambil surat tawaran di sekolah yang ditawarkan dan membuat pengesahan penerimaan bermula pada 21 JANUARI 2025 hingga 28 JANUARI 2025.
ii- Calon Tidak Berjaya
Yang MEMPUNYAI ANGKA GILIRAN:
-Sila layari laman web https://www.maktabmahmud.edu.my
– Klik butang rayuan dan pilih satu sekolah (sekolah yang telah dipohon semasa permohonan kali pertama @ mana-mana cawangan maktab mahmud yang lain).
-Calon disarankan memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah untuk permohonan rayuan ini.
-Bermula pada 21 JANUARI 2025 hingga 28 JANUARI 2025.
-Calon yang membuat rayuan akan dihubungi sekiranya berjaya.
Yang TIDAK MEMPUNYAI ANGKA GILIRAN (BILIK KHAS):
-Menghantar surat rayuan dengan menyertakan mahlumat:
i. Nama Penuh Calon
ii. No. Kad Pengenalan Calon
iii. No. Telefon untuk dihubungi
iv. Alamat rumah
v. Pilihan sekolah untuk rayuan (satu sahaja). Calon disarankan memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah.
– Surat rayuan boleh dihantar melalui alamat emel [email protected].
– Bermula pada 21 JANUARI 2025 hingga 28 JANUARI 2025.
– Calon yang membuat rayuan akan dihubungi sekiranya berjaya.
MAKTAB TAHFIZ SAINS DARUL AMAN
i- Calon Berjaya
Sila dapatkan surat tawaran kemasukan Tingkatan Satu bagi tahun 2025 pada 21 JANUARI 2025 hingga 28 JANUARI 2025 di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman serta membuat pengesahan penerimaan tawaran.
ii- Calon Tidak Berjaya
Tawaran seterusnya akan dihubungi oleh pihak sekolah sekiranya terdapat kekosongan berdasarlkan keputusan ujian kemasukan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan kemasukan Tingkatan 1 ke kedua-dua sekolah ini sesi 2025, sila layari laman web https://www.lmm.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025