Semakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2023/2024

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka semakan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 2023/2024 mulai 7 Mac 2023.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.

Untuk tahun ini, pihak MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.

Semakan kemasukan ini hanya boleh dibuat secara online bermula pada 8 malam 7 Mac 2023.

Pengenalan MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Program MRSM

Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

Cara Membuat Semakan MRSM 2023

Semakan kemasukan untuk Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web semakan kemasukan berikut mengikut tingkatan:
    – Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/
    – Tingkatan 2: https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/
  2. Masukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Keputusan permohonan kemasukan dipaparkan.

Tindakan Bagi Status Berjaya

Untuk pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:

  1. Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
  2. Memuat turun dan mencetak surat tawaran, panduan pendaftaran MRSM, senarai semak dan lampiran Borang A, Borang Deklarasi COVID-19, Borang Maklumat Pelajar, dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa hari pendaftaran.
  4. Membuat bayaran yuran pendaftaran sehingga sebelum hari pendaftaran.

Baca juga: Cara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024

Maklumat & Pertanyaan Lanjut Tentang Semakan Kemasukan MRSM

Pertanyaan lanjut mengenai semakan kemasukan MRSM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: