Semakan Keputusan Calon Jaya Kemasukan Ke IPG & Kolej Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemohon yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi boleh membuat semakan keputusan mulai 16 Julai 2022 jam 5.00 petang.

Untuk makluman, keputusan kemasukan ke IPG ini adalah bagi permohonan kemasukan Fasa 2 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang dibuka mulai 1 Jun 2022.

Bagi kemasukan ke matrikulasi pula, semakan keputusan ini adalah bagi permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM bagi Fasa 2 mulai 1 Jun hingga 20 Jun 2022.

Oleh itu, pemohon yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke IPG dan Kolej Matrikulasi ini boleh membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan secara atas talian.

Cara Semakan Keputusan Ke IPG

Semakan keputusan ke IPG boleh dibuat menerusi cara berikut:

  1. Layari laman web https://pismp.moe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

Cara Semakan Keputusan Ke Kolej Matrikulasi

Untuk kemasukan ke kolej matrikulasi, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Semakan.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

Senarai IPG

Senarai IPG yang akan menempatkan pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

Nama IPGAlamat
Institut Pendidikan Guru Kampus PerlisJalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis
Institut Pendidikan Guru Kampus DarulamanBandar Darul Aman, 6000 Jitra,Kedah 
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul HalimJln Kuala Ketil, 09200 Sungai Petani, Kedah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau PinangPersiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe , 11700, Pulau Pinang 
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku BainunMengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa MelayuPeti Surat 5002, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa AntarabangsaLembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu KhasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan IslamJalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh     Jalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan TeknikKompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarJalan Sikamat, 70990 Seremban, Negeri Sembilan
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu MelakaJalan Tun Fatimah, Durian Daun, 75400 Melaka
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein OnnKM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, Johor
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota BharuPengkalan Chepa, 16109 Kota Bharu, Kelantan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanKg. Raja (Kota Putera), 22200 Besut, Terengganu.
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali IsmailBatu Rakit, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan AfzanKM 10, Jalan Padang Tengku
27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Institut Pendidikan Guru Kampus GayaPeti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu,Sabah
Institut Pendidikan Guru Kampus KentPeti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah
Institut Pendidikan Guru Kampus KeningauBeg Berkunci 11, 89009 Keningau, Sabah
Institut Pendidikan Guru Kampus TawauKM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, Sabah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu LintangJalan College, 93200 Kuching,Sarawak
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul RazakJln. Dato’ Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Institut Pendidikan Guru Kampus RajangJalan KJD, 96500 Bintangor, Sarawak
Institut Pendidikan Guru Kampus SarawakJalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
English Language Teaching Centre (ELTC)Komleks Pendidikan Nilai, Lebuh Enstek,
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Senarai Matrukulasi

Calon yang berjaya mengikuti akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerakPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke IPG dan Kolej Matrikulasi, sila hubungi:

  • Institut Perguruan Guru Malaysia: 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760
  • Bahagian Matrikulasi: 03-8884 4083/4042

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *