Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi KPM 25/26

Pemohon yang sebelum ini membuat rayuan bagi kemasukan ke Matrikulasi KPM sesi 2025/2026, semakan keputusan rayuan kemasukan Matrikulasi KPM sesi 2025/2026 ambilan kedua boleh dibuat mulai 30 Jun 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Info Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Senarai Matrikulasi

Calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perak Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains

Jurusan Ditawarkan

Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Syarat Umum

Syarat umum bagi calon-calon yang ingin memohon program matrikulasi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
  3. Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.

Syarat Khusus

Calon-calon juga perlu memenuhi syarat khusus mengikut jurusan yang dipohon iaitu:

i) Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- C
  • Fizik atau Biologi- C

ii) Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii) Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- Lulus
  • Fizik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.

iv) Perakaunan Professional

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- A-
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- A
  • Matematik Tambahan- C
  • Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 30 Jun 2025 mulai jam 10.00 pagi.

Setuju Terima Tawaran & Pendaftaran Fizikal

Bagi mereka yang berjaya dalam permohonan, pemohon perlu klik “Setuju Terima” tawaran mulai 30 Jun hingga 5 Julai 2025.

Pendaftaran fizikal akan bermula pada 6 dan 7 Julai 2025 di Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan dalam surat tawaran.

Muat Turun Dokumen Matrikulasi KPM

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rayuan Matrikulasi KPM, sila layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 4083
No.Faks: 03 – 8888 4028

Baca juga: SAKNJ: Permohonan Tahun 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor 2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: