Semakan Kemasukan & Rayuan Politenik & Kolej Komuniti 22/23

Pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan bagi pengajian peringkat Diploma ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat semakan kemasukan mulai 2 Januari 2023.

Politeknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ditubuhkan pada 1969 manakala Kolej Komuniti memulakan operasinya pada tahun 2001.

Kedua-dua institusi ini menawarkan pengajian peringkat Diploma bagi bidang berkaitan TVET.

Semakan kemasukan dan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 02 Januari 2023.

Program Yang Ditawarkan

Untuk kemasukan ke Politeknik, program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri

  • Diploma Agroteknologi
  • Diploma Akuakultur
  • Diploma Bioteknologi
  • Diploma Hortikultur Landskap

ii) Jabatan Kejuruteraan Awam

  • Diploma Geomatik
  • Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
  • Diploma Ukur Bahan

iii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

iv) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik

v) Jabatan Kejuruteraan Perkapalan

  • Diploma in Naval Architecture
  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan

vi) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
  • Diploma Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

vii) Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti

  • Diploma Pelancongan Rekreasi
  • Diploma Pengurusan Acara
  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Pengurusan Resort
  • Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  • Diploma Seni Kulinari

viii) Jabatan Penyelenggaraan Pesawat

  • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat

ix) Jabatan Perdagangan

  • Diploma Akauntansi
  • Diploma Insurans
  • Diploma Keusahawanan
  • Diploma Kewangan dan Perbankan
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
  • Diploma Pemasaran
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Diploma Pengurusan Peruncitan
  • Diploma Perniagaan Antarabangsa
  • Diploma Sains Kesetiausahaan
  • Diploma Sistem Maklumat Perniagaan

x) Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual

  • Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik
  • Diploma Reka Bentuk Kraf
  • Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Rekabentuk Industri
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni
  • Diploma Teknologi Media Cetak

xi) Jabatan Teknologi Makanan

  • Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)
  • Diploma Teknologi Makanan
  • Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal

xii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Bagi kemasukan ke Kolej Komuniti pula, sila program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Diploma Dandanan Rambut
  • Diploma In 3D Animation
  • Diploma In Architectural Technology
  • Diploma In Culinary Arts
  • Diploma In Sound & Lighting Technology
  • Diploma In Electronics (Instrumentation)
  • Diploma In Games Art
  • Diploma in Mechanical Technology (Computer Aided Design & Drafting)
  • Diploma In Mobile Technology
  • Diploma In Patisserie
  • Diploma In Rail Signalling And Communication Technology
  • Diploma In Telecommunication Technology
  • Diploma Teknologi Kenderaan Perdagangan
  • Diploma Teknologi Solar Fotovoltan
  • Diploma Terapi Kecantikan
  • Diploma in Hotel Management

Tatacara Membuat Semakan

Semakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my/.
  2. Klik butang ‘Semakan/Rayuan ke Politeknik’ atau ‘Semakan/Rayuan ke Kolej Komuniti.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Jika permohonan gagal, pemohon boleh membuat rayuan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan kemasukan dan rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, sila hubungi 03-8888 3837 atau 019-8683 738.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: