Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2024

Pelajar yang sebelum ini telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2024 boleh membuat semakan keputusan mulai 11 Julai 2024.

Berikut merupakan maklumat mengenai MUET dan cara membuat semakan.

Mengenai MUET

Untuk pengetahuan semua, MUET adalah peperiksaan yang dijalankan mulai 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya di dalam negara.

Pelajar yang mengambil peperiksaan ini adalah mereka yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 di sekolah menengah terpilih di seluruh negara.

Tarikh Semakan Keputusan

Semakan keputusan tarikh keputusan ujian MUET sesi 1 tahun 2024 boleh dibuat bermula 11 Julai 2024, Khamis, jam 10.00 pagi.

Komponen Peperiksaan MUET

Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening 
800/2Speaking 
800/3Reading
800/4Writing

Perlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.

Band Pemarkahan

Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:

Jumlah MarkahBand
331 – 3605+
294 – 3305.0
258 –2934.5
211 –2574.0
164 – 2103.5
123 – 1633.0
82 – 1222.5
36 – 812.0
1 – 351.0

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan boleh dibuat menerusi 2 kaedah iaitu:

i) Melalui Laman Web

  1. Layari laman web berikut iaitu https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Submit.’
  4. Keptusan peperiksaan dipaparkan.

ii) Melalui SMS

  1. Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888.
  3. Keputusan peperiksaan akan dihantar ke telefon bimbit.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan MUET sesi 1 tahun 2024, sila hantar email ke alamat [email protected] atau melayari laman web https://www.mpm.edu.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: