Semakan Keputusan MUET & Rayuan Semak Semula Sesi 2 2023
Pelajar yang sebelum ini telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 2 2023 boleh membuat semakan keputusan mulai 6 September 2023 iaitu pada hari Rabu.
Untuk pengetahuan semua, MUET adalah peperiksaan yang dijalankan mulai 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya di dalam negara.
Pelajar yang mengambil peperiksaan ini adalah mereka yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 di sekolah menengah terpilih di seluruh negara.
Tarikh Semakan Keputusan
Semakan keputusan tarikh keputusan ujian MUET sesi 2 tahun 2023 boleh dibuat bermula 6 September 2023, hari Rabu, jam 10.00 pagi.
Komponen Peperiksaan MUET
Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening |
800/2 | Speaking |
800/3 | Reading |
800/4 | Writing |
Perlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.
Band Pemarkahan
Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:
Jumlah Markah | Band |
331 – 360 | 5+ |
294 – 330 | 5.0 |
258 –293 | 4.5 |
211 –257 | 4.0 |
164 – 210 | 3.5 |
123 – 163 | 3.0 |
82 – 122 | 2.5 |
36 – 81 | 2.0 |
1 – 35 | 1.0 |
Cara Membuat Semakan
Semakan keputusan boleh dibuat menerusi 2 kaedah iaitu:
i) Melalui Laman Web
- Layari laman web berikut iaitu https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Submit.’
- Keptusan peperiksaan dipaparkan.
ii) Melalui SMS
- Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP
- Hantar ke 15888.
- Keputusan peperiksaan akan dihantar ke telefon bimbit.
Rayuan Semak Semula
Bagi pelajar yang tidak berpuas hati dengan band markah mereka dan ingin membuat rayuan semak semula, permohonan rayuan semak semula dibuka pada 6 September 2023 jam 10.00 pagi sehingga 12 September 2023 jam 12.00 tengah malam.
Permohonan rayuan boleh dibuat menerusi http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
Bayaran permohonan rayuan semula adalah RM70.00 dan boleh dibayar melalui MyPay iaitu https://mypay.com.my/web/mpm/.
Keputusan rayuan semak semula adalah dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan MUET dan rayuan semak semula sesi 2 tahun 2023, sila hantar email ke alamat [email protected] atau melayari laman web https://www.mpm.edu.my/.