semakan-keputusan-muet

Semakan Keputusan MUET Melalui Portal & SMS Sesi 2 Tahun 2021

Bagi calon yang telah mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi 2 tahun 2021, semakan keputusan peperiksaan kini boleh dilakukan.

Untuk pengetahuan umum, MUET adalah bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1999.

MUET dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MEM).

Peperiksaan ini akan diambil oleh pelajar yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 untuk membolehkan mereka memohon kemasukan program ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Semakan keputusan peperiksaan MUET sesi 1 tahun 2021 boleh disemak mulai 13 Januari 2022 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi.

Komponen Peperiksaan MUET

Peperiksaan MUET yang diambil oleh calon yang terlibat mengandungi 4 komponen kerta peperiksaan iaitu:

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening 
800/2Speaking 
800/3Reading
800/4Writing

Calon yang mengambil peperiksaan MUET perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.

Band Pemarkahan

Pemarkahan peperiksaan MUET ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:

Jumlah MarkahBand
331 – 3605+
294 – 3305.0
258 –2934.5
211 –2574.0
164 – 2103.5
123 – 1633.0
82 – 1222.5
36 – 812.0
1 – 351.0

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan MUET, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu:

i) Melalui Portal

  1. Layari laman web http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Submit.’
  4. Keputusan peperiksaan dipaparkan.

ii) Melalui SMS

  1. Sila taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
  2. Contoh seperti MUET RESULT 93050310xxx.
  3. Keputusan peperiksaan dihantar melalui SMS.

Rayuan Semula Keputusan

Jika calon tidak berpuas hati dengan keputusan MUET tersebut, mereka boleh mengemukakan rayuan semula seperti berikut:

  1. Calon boleh membuat rayuan bagi penyemakan semula keputusan secara online dipautan https://www.mpm.edu.my/ atau http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/
  2. Buat pendaftaran dengan membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional BSN/FPX atau Kad Kredit/Kad Debit.
  3. Setiap semakan semula keputusan akan dikenakan caj sebanyak RM70.
  4. Bayaran melalui FPX dan dikenakan caj tambahan sebanyak RM2 untuk setiap transaksi manakala pembayaran melalui Kad Kredit/Kad Debit dan akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.50.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MEM di pautan https://www.mpm.edu.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top