MyBrain 2.0 2025: Semakan Keputusan Permohonan

Pemohon yang telah membuat permohonan MyBrain 2.0 untuk tahun 2025 sebelum ini boleh membuat semakan keputusan permohonan bermula 30 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Apa Itu MyBrain 2.0?

MyBrain 2.0 merupakan biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Untuk setiap ambilan, sebanyak RM20 juta diperuntukkan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat.

Objektif pelaksanaan kembali program biasiswa ini adalah untuk:

  • Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
  • Meningkatkan visibiliti dan penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia.

Tarikh Semakan

Tarikh semakan keputusan permohonan adalah mulai 30 September 2025, jam 12.00 tengah hari.

Impak Penajaan

Penajaan ini bertujuan untuk meningkatkan perkara-perkara berikut:

  • Dapat meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara melalui penerbitan artikel jurnal, penulisan bab dalam buku dan pendaftaran harta intelek.
  • Akses kepada pendidikan tinggi akan membuka peluang kepada graduan meningkatkan kesediaan kemajuan kerjaya dan pekerjaan yang Iebih balk selari dengan peningkatan kelayakan akademik.
  • Membantu pelajar meningkatkan pendapatan dan taraf hidup khususnya kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.

Elemen Tajaan

Penajaan ini merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Yuran pengajian
  • Elaun sara hidup

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi penajaan ini adalah:

  1. Orang awam yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap; dan
  2. Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Syarat Umum

Syarat umum permohonan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah:
– Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
– Pensyarah IPTS terpilih.

2. Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut : 

3. Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan/biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran/elaun pembantu penyelidik siswazah/pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah biasiswa.

4. Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini.

5. Telah menerima surat tawaran penuh/tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih.

6. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2025/2026;

7. Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.

8. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik.

9. Pemohon dan ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan keputusan permohonan, sila layari pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/.

Log masuk ke sistem untuk menyemak status permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan update terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa ini, sila hubungi 03 88706697/6348/6369/6403, atau email ke [email protected].

Baca juga: Program Sekolah Model Khas KPM: Kemasukan 2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: