Semakan Keputusan STPM 2022 Mulai 13 Julai 2023

Semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 boleh dibuat mulai 13 Julai 2023 iaitu pada hari Khamis.

Untuk pengetahuan, STPM adalah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.

Menariknya, peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.

Untuk STPM 2022, pengumuman keputusan peperiksaan akan dibuat pada 13 Julai 2023 jam 11.30 pagi.

Mata Pelajaran STPM

Di peringkat awal, peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan ini.

Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

Namun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

Senarai 23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT) 
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

Tatacara Semakan Keputusan STPM

Untuk membuat semakan keputusan STPM 2022, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i) Portal MPM

  1. Layari laman web https://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 11.30 pagi.
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Keputusan peperiksaan dipaparkan.

ii) SMS

  1. Taip STPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran mulai jam 11.00 pagi.
  2. Hantar ke 15888.
  3. Keputusan peperiksaan akan dihantar.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan STPM 2022, sila hantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: