PSPM: Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Sistem Empat Semester (SES) Semester II dan SES Semester IV, sesi 2024/2025 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 1 Julai 2025 (Selasa) jam 10.00 pagi.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.
Mengenai PSPM
PSPM ialah peperiksaan untuk pelajar Matrikulasi KPM yang diadakan pada penghujung atau akhir setiap semester sesi pengajian.
Peperiksaan tersebut akan dijalankan dalam masa 2 jam bagi setiap kursus dan markah bagi mata pelajaran teras adalah 40%.
Soalan dan pemarkahan peperiksaan akan dijalankan secara berpusat dan keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman web atau telefon pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Jurusan & Aliran Ditawarkan
Jurusan dan aliran ditawarkan kepada pelajar Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:
- Jurusan Sains (Dua Semester dan Empat Semester):
– Aliran Sains Hayat
– Aliran Sains Fizikal
– Aliran Sains Komputer - Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester):
– Aliran Asas Kejuruteraan
– Aliran Kejuruteraan Awam
– Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
– Aliran Kejuruteraan Mekanikal - Jurusan Perakaunan (Dua Semester)
- Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Dua Semester)
Senarai Matrikulasi
Senarai Kolej Matrikulasi dan jurusan di seluruh negara boleh dilihat menerusi jadual di bawah:
Kolej Matrikulasi | Aliran/Jurusan |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perlis | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perak | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Melaka | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Labuan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Johor | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pahang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kedah | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kelantan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Sarawak | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Selangor | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Cara Membuat Semakan
Semakan PSMP boleh dibuat menerusi kaedah berikut:
i) Laman Web
- Layari https://matrikulasi.moe.gov.my
- Pilih Semakan Peperiksaan
- Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan
- Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan.
ii) Telefon
- Hubungi kolej masing-masing; atau
- Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020.
Semakan Semula Keputusan Peperiksaan
Bagi yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, anda boleh semak semula keputusan peperiksaan melalui kolej masing-masing.
Mereka yang ingin membuat semakan semula keputusan PSPM boleh berbuat demikian pada 1 Julai 2025 hingga 31 Julai 2025 melalui langkah-langkah di bawah:
- Muat turun dokumen berkaitan permohonan melalui: https://bit.ly/SemakSemulaSEMII
- Permohonan semak semula melalui: https://reskor.assessment.com.my
- Pembayaran melalui: https://ipayment.anm.gov.my
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai PSPM, sila layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
Baca juga: