Semakan Keputusan Permohonan RKPYS 2022 Tingkatan 1

Bagi ibu bapa dan pemohon yang telah membuat permohonan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Selangor (YS) untuk Tingkatan 1, semakan keputusan permohonan RKPYS boleh dibuat secara atas talian.

Sebelum ini, pemohonan bagi RKPYS telah dibuka kepada umum melibatkan pengambilan pelajar bagi Tingkatan 1.

Pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini boleh membuat semakan keputusan mulai 4 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022.

Mengenai RKPYS

RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS untuk tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar golongan berpendapatan rendah atau miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan penempatan pendidikan yang terbaik kepada mereka.

Mereka juga diberikan biasiswa dan juga bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

Penempatan Asrama

Murid yang layak dan berjaya akan di tempatkan di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
AsramaNama SekolahJantina
AYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelaki
AYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki
AYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/
Perempuan
AYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuan
AYSKSMK Convent, KlangPerempuan
AYSKSMK Methodist ACS, KlangLelaki
AYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

AsramaNama SekolahJantina
Sabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan
Sabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/Perempuan
Sabak BernamSMK Dato’ Mustaffa, SekinchanPerempuan
Kuala SelangorSMK Dato’ Harun, Tanjong KarangLelaki/Perempuan
Kuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/Perempuan
Hulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/Perempuan
PetalingSMK Damansara UtamaLelaki/Perempuan
PetalingSMK Shah AlamLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki
Hulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)Perempuan
Kuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK BantingLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/Perempuan
SepangSMK Seri SepangLelaki/Perempuan
W.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

NegeriNama SekolahJantina
SelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki
W.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempuan

Tatacara Membuat Semakan

Semakan keputusan program ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan berikut iaitu http://sm.yselangor.com/smpysv2/.
  2. Klik butang ‘Semak Permohonan.’
  3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
  4. Klik butang ‘Teruskan.’
  5. Status keputusan permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan permohonan RKPYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar YS di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: