Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh membuat semakan permohonan rayuan UPUOnline kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari.
UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan rayuan UPUOnline lepasan STPM ini, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 30 Oktober 2022, jam 5.00 petang.
Tatacara Membuat Semakan
Semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
i) Laman Web
- Layari laman web berikut:
– https://jpt.utm.my
– https://jpt.uum.edu.my
– https://jpt.unimas.my
– https://jpt.ums.edu.my
– https://jpt.umt.edu.my - Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
- Keputusan permohonan dipaparkan
ii) Aplikasi Telefon Pintar
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei App Gallery
Tempoh Setuju Terima Tawaran
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 hingga 30 Oktober Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam (UA).
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, sila hubungi:
- No Tel: 03-8870 8200
- Email: [email protected]