STAM 2024: Semakan Keputusan STAM Mulai 20 Mei 2025

Untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024, semakan keputusan peperiksaan STAM boleh dibuat mulai 20 Mei 2025 (Selasa).

Berikut adalah maklumat mengenai peperiksaan ini dan cara untuk membuat semakan keputusan.

Mengenai STAM

STAM ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sistem peperiksaan yang menggunakan sepenuhnya bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam peperiksaan.

Peperiksaan ini bertujuan untuk menguji pencapaian pelajar di sekolah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, kolej, institusi-institusi swasta dan persendirian sebelum diterima masuk ke program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dan beberapa university tempatan mengikut bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Peperiksaan ini diwujudkan menerusi satu memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan kejaraan Mesir telah dimeterai pada tahun 1999 untuk membolehkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan STAM mulai tahun 2000.

Bagi tahun 2024, seramai 4,507 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 132 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Bidang & Subjek Ditawarkan Bidang STAM

Terdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu:

  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Usuluddin

Daripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:

  • Hifz Alquran dan Tajwid
  • Fiqh
  • Tauhid dan Mantiq
  • Tafsir dan Ulumuhu
  • Hadith dan Mustolah
  • Nahu dan Sarf
  • Insya’ dan Mutalaah
  • Adab dan Nusus
  • ’Arudh dan Qafiyah
  • Balaghah

Pangkat Peperiksaan

Pelajar yang menduduki peperiksaan ini akan memperoleh pangkat yang ditetapkan iaitu:

  • Mumtaz (cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (sangat baik)
  • Jayyid (baik)
  • Maqbul (lulus)

Cara Semakan Keputusan STAM

Keputusan peperiksaan boleh disemak menerusi 3 kaedah iaitu:

i) Melalui Sekolah atau Pos

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Mei 2025.

Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

ii) Dalam Talian

Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 mulai pukul 10:00 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul 6:00 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin).

iii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul 6.00 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai semakan keputusan peperiksaan STAM, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/kenyataan-media-keputusan-peperiksaan-sijil-tinggi-agama-malaysia-2024.

Baca juga: Bantuan Kewangan Khas Sarawak: RM1,200 Pelajar IPT Sarawak

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: