Cara Semak Keputusan Peperiksaan STAM Mulai 30 Jun 2022

Untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021, semakan keputusan peperiksaan STAM boleh dibuat mulai 30 Jun 2022.

STAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.

Peperiksaan ini adalah merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bidang & Subjek Ditawarkan

Terdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu:

  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Usuluddin

Daripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:

  • Hifz Alquran dan Tajwid
  • Fiqh
  • Tauhid dan Mantiq
  • Tafsir dan Ulumuhu
  • Hadith dan Mustolah
  • Nahu dan Sarf
  • Insya’ dan Mutalaah
  • Adab dan Nusus
  • ’Arudh dan Qafiyah
  • Balaghah

Pangkat Peperiksaan

Pelajar yang menduduki peperiksaan ini akan memperoleh pangkat yang ditetapkan iaitu:

  • Mumtaz (cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (sangat baik)
  • Jayyid (baik)
  • Maqbul (lulus)

Cara Semak Keputusan

Keputusan peperiksaan boleh disemak menerusi 3 kaedah iaitu:

i) Melalui Sekolah atau Pos

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022.

Untuk calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun 2022.

ii) Dalam Talian

Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

iii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai semakan keputusan peperiksaan STAM, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *