Semakan Keputusan STPM Ulangan Sem 1 2022 & Sem 1 2023

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ulangan semester 1 tahun 2022 dan semester 1 2023 boleh dibuat mulai 23 Mei 2023 dan 24 Mei 2023 pada jam 10.00 pagi.

Untuk pengetahuan, STPM adalah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.

Mata Pelajaran STPM

Di peringkat awal, peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan ini.

Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

Namun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

Senarai 23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT) 
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

Cara Menyemak Keputusan

Untuk menyemak keputusan ulangan STPM semester 1 2022 dan semester 1 2023, terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan iaitu:

i) Portal MPM

  1. Layari laman web https://stpm.mpm.edu.my/.
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Keputusan peperiksaan dipaparkan.

ii) SMS

  1. Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No Kad Pengenalan.
  2. Taip STPM<jarak>RESULTU2<jarak>No Kad Pengenalan.
  3. Hantar ke 15888.

Pendaftaran Ulangan

Pelajar boleh membuat pendaftaran ulangan peperiksaan boleh dibuat secara online melalui http://online.mpm.edu.my.

Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk 1 mata pelajaran.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan dan pendaftaran ulangan peperiksaan ini, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: