Semakan Keputusan Temu Duga HLP & HLPS PPP Ambilan 2022

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah menjalani temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ambilan 2022 boleh membuat semakan keputusan temu duga mulai 14 Jun 2022.

HLP ialah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara.

Manakala HLPS pula ialah kemudahan yang ditawarkan kepada PPP bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di IPTA secara separuh masa namun tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa.

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.
  4. Untuk permohonan HLP, pemohon perlu belum memulakan pengajian.
  5. Untuk permohonan HLPS, pemohon belum memulakan pengajian atau telah memulakan pengajian tidak melebihi semester 3 sehingga 7.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi permohonan HLP dan HLPS adalah seperti berikut:

  1. Umur kelayakan permohonan HLP:
    – Sarjana: 50 tahun
    – Kedoktoran: 45 tahun
  2. Umur kelayakan permohonan HLPS:
    – Sarjana: 50 tahun
    – Kedoktoran: 46 tahun
  3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  4. Berkhidmat secara tetap.
  5. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  6. Purata markah LNPT/PBPPP adalah 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut dalam skim perkhidmatan terkini.
  7. Bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  8. Mengikut progam dan peringkat pengajian yang ditawarkan.
  9. Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan.
  10. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  11. Bersih daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah.
  12. Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS.
  13. Tidak tersenarai dalam senarai hitam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.
  14. Diwajibkan memilih bidang pengajian/pengkhususan/kursus yang ditawarkan sahaja.
  15. Perlu menyediakan kertas cadangan (proposal) dan dibawa semasa sesi temu duga.

Syarat Akademik

Syarat akademik yang ditetapkan pula bagi pemohon HLP dan HLPS adalah seperti berikut:

  1. Sarjana
Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setarafTempoh Minimum Pengalaman Bekerja
2.00-2.4910 tahun
2.50-2.995 tahun
3.00 dan ke atas3 tahun

2. Kedoktoran

Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setarafTempoh Minimum Pengalaman Bekerja
Lulus Peringkat Sarjana3 tahun

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan temu duga boleh dibuat menerusi langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web iaitu https://epenawaran.moe.gov.my/.
  2. Klik pada perkataan ‘Semakan Keputusan Temu Duga HLP dan HLPS PPP Ambilan Tahun – 2022.’
  3. Masukkan no kad pengenalan pemohon.
  4. Klik butang ‘Semakan.’
  5. Keputusan temu duga dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan temu duga HLP dan HLPS, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-83217144/7154/7136/7159/7138.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: