Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan kemasukan Tingkatan 6 bagi Semester 1 2022 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 boleh dibuat mulai 7 Julai 2022.
Untuk pengetahuan ibu bapa dan para pelajar, pelaksanaan Tingkatan 6 di Malaysia telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan kira-kira lebih daripada 50 tahun dahulu.
Pada ketika itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dengan 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.
Mulai tahun 2008, KPM telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan pelajar diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.
Ini kemudiannya membawa kepada pelaksanaan sistem pentaksiran baharu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Tempoh Pengajian & Bilangan Semester
Untuk pelajar yang meyambung pengajian di Tingkatan 6, tempoh pengajian yang akan dilalui adalah adalah selama 1 ½ tahun.
Dalam tempoh ini, pelajar akan menempuh 3 semester iaitu:
- Semester 1 yang berlangsung selama 26 minggu merangkumi :
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 1 (S1)
- Semester 2 yang berlangsung selama 20 minggu merangkumi:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 2 (S2)
- Semester 3 yang merangkumi 26 minggu akan melibatkan pembelajaran seperti:
– Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
– Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
– Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Subjek Pembelajaran
Bagi pelajar Tingkatan 6, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua pelajar.
Mulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
- Pengajian Am
- Bahasa Melayu
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Literature in English
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Syariah
- Usuluddin
- Sejarah
- Geografi
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
- Mathematics (M)
- Mathematics (T)
- Information and Communications Technology (ICT)
- Physics
- Chemistry
- Biology
- Sains Sukan
- Seni Visual
- Tahfiz Al-Quran
Cara Membuat Semakan
Semakan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:
- Secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan 6 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/; atau
- Pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
Permohonan Rayuan
Pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan 6 boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.
Untuk pelajar yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.
Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama dan bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.
Tarikh Lapor Diri
Pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan 6 perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan 6 yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 2022, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/,