Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022

Murid yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022, semakan keputusan UPKK boleh dibuat mulai 9 Mac 2023.

Untuk makluman, UPKK merupakan penilaian tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Peperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ibu bapa dan murid boleh menyemak keputusan peperiksaan ini pada 9 Mac 2023 mulai jam 4.00 petang sehingga 23 Mac 2023 jam 11 pagi.

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan cara untuk membuat semakan keputusan.

Apakah Itu UPKK?

UPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Ia bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian agama.

Bidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Al-Quran
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat

Bentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:

i) Bentuk Lisan

  • Al-Quran

ii) Bentuk Amali

  • Amali Solat

iii) Bentuk Lisan & Pemerhatian

  • Penghayatan Cara Hidup Islam

iv) Bentuk Penulisan 

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran

Gred & Skala

Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:

GredKeteranganSkala
2ATahap Cemerlang80-100
3BTahap Baik60-79
4CTahap Memuaskan40-59
5DTahap Kurang Memuaskan01-39

Semakan Keputusan UPKK

semakan upkk 2022

Bagi murid yang telah mengambil peperiksaan UPKK, semakan keputusan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Laman Web Sistem JAKIM melalui capaian https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
  • Khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK<jarak>No Kad Pengenalan/No Pengenalan Khas<jarak>No Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan keputusan UPKK, sila layari laman web https://semakan.islam.gov.my/

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: