Semakan Layak Temu Duga & UKF PISMP 2025

Bagi calon yang sebelum ini telah membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), semakan layak temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) boleh dibuat mulai 14 Mei 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.
Mengenai PISMP
Untuk makluman, PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pelajar yang terpilih menyertai program ini bakal melanjutkan pengajian di 27 buah IPG di seluruh negara.

Tempoh Pengajian
Pelajar yang terpilih bakal mengikuti pengajian selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Mereka yang lulus akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:
i) Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Bagi PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Bidang Bahasa Arab (Lughah)
- Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
- Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Sejarah. - Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
Cara Semakan Layak Temu Duga & UKF
Semakan layak temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi PISMP 2024 boleh dibuat bermula 14 Mei 2024, iaitu pada Rabu pada jam 2:00 petang.
Semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang PISMP di pautan https://pismp.moe.gov.my.
Maklumat Lanjut
Layari laman web https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.
Baca juga: Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2025



