Semakan Panggilan Temu Duga & Ujian Lepasan SPM Sesi 2022/2023

Pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih kini boleh membuat semakan keputusan panggilan temu duga dan ujian secara atas talian.

Untuk pengetahuan, semakan keputusan temu duga dan ujian ini adalah melibatkan permohonan kemasukan yang mempunyai temu duga bagi sesi akademik 2022/2023.

Oleh itu, bagi pemohon lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan sebelum ini boleh segera membuat semakan secara atas talian.

Semakan boleh mula dibuat secara atas talian mulai 9 Mei 2022 iaitu pada hari Isnin.

IPT Terlibat

Pemohon lepasan SPM yang terlibat dalam permohonan ke IPT berikut boleh membuat semakan:

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Politeknik
  • Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan panggilan temu duga dan ujian boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web semakan berikut mengikut institusi yang dipohon:
    – UPSI: https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga
    – UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaran
    – UiTM: https://www.online.uitm.edu.my
    – UKM: https://smp.ukm.my/etemuduga/semakan
    – UUM: http://uum.edu.my/kemasukan
    – UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
    – JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my
    – ILJTM : https://www.jtm.gov.my/semakantemuduga
  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon.
  3. Klik butang “Semak.”
  4. Keputusan semakan dipaparkan.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP IPT) di talian 03-8870 8200.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: