E-Prasekolah KPM: Semakan Permohonan & Rayuan 2024

Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2024, semakan permohonan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2023 melalui sistem E-Prasekolah.

E-Prasekolah adalah sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk ibu bapa membuat permohonan kemasukan murid ke Prasekolah di bawah KPM.

Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan borang permohonan.

Semakan permohonan ini boleh dibuat mulai 5 Ogos 2023 secara atas talian atau melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 5 hingga 20 Ogos 2023.

Syarat Permohonan

Kemasukan ke Prasekolah di bawah KPM perlu menepati syarat permohonan berikut iaitu:

  1. Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja.

Tatacara Semakan Melalui E-Prasekolah KPM

Semakan permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.
  3. Klik bahagian ‘Semakan.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.
  5. Jika permohonan berjaya, cetak surat tawaran tersebut.

Permohonan Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan bagi kemasukan anak-anak mereka ke prasekolah tersebut.

Tatacara permohonan rayuan adalah seperti di bawah:

  1. Layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.
  3. Klik bahagian ‘Semakan.’
  4. Klik perkataan ‘Mohon Rayuan’ di bahagian Tindakan.
  5. Isi semua maklumat yang ditetapkan.
  6. Klik butang ‘Hantar Rayuan.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan permohonan menerusi sistem e-prasekolah KPM, sila layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: