Calon yang telah membuat permohonan bagi memasuki sekolah khusus untuk tahun 2023, semakan tawaran sekolah khusus boleh dibuat mulai 17 Mac 2023.
Untuk makluman, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan mulai 30 September 2022 sehingga 30 November 2022 yang lalu bagi calon yang ingin memasuki sekolah khusus secara atas talian.
Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2023 / 2024
Permohonan ini adalah melibatkan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2023.
Penilaian kemasukan ke sekolah khusus ini adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Terdapat 5 sekolah dikategorikan sebagai sekolah khusus iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Cara Membuat Semakan Sekolah Khusus
Semakan tawaran ini adalah melibatkan kemasukan Tingkatan 1, 4 dan dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Layari laman web semakan yang berikut:
– Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
– Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ - Klik bahagian ‘Semakan Tawaran.’
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Semak.’
- Status permohonan dipaparkan.
PENTING : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. KPM berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon TIDAK LENGKAP semasa hari pendaftaran.
TAWARAN KEMASUKAN PUTERA MTD 2023
Surat tawaran kepada calon yang berjaya akan dihantar melalui emel pada 07-12 Mac 2023.
Sila semak emel anda di inbox/ junk/ spam folder.
Tahniah kepada calon yang berjaya.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai semakan tawaran sekolah khusus, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada e-mel [email protected]